Tragedi MH17: 22 Ogos diistiharkan sebagai Hari Berkabung Negara
PUTRAJAYA 14 Ogos - Kerajaan hari ini mengisytiharkan tarikh 22 Ogos
ini sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada bulan lalu di wilayah Donestk, timur
Ukraine. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada hari
tersebut kerajaan turut menerima 15 daripada 24 jenazah warga Malaysia
tragedi MH17 yang diterbangkan khas dari Amsterdam ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, penerbangan khas itu turut membawa pulang seorang
warganegara Belanda yang mahu disemadikan di negara ini. -sumber UTUSAN ONLINE
Pemilihan tarikh
22 Ogos 2014 sebagai Hari Berkabung Negara adalah ekoran dari tragedi yang
telah menimpa penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014 di
wilayah Donestk, timur Ukraine.
Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
- Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
- Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
- Pakaian
hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi
yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan
memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
- Pada
hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan
televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan
program berunsur keagamaan.